Masalah dengan Acer Aspire 4736 auto off

Masalah dengan Acer Aspire 4736 auto off



Keluarga Acer Aspire 4736, iaitu 4736Z, 4736G, 4736ZG dikenali dengan satu masalah iaitu bila anda on laptop, sampai je nak loading atau boot windows, ianya akan shut down atau restart dan auto off.
Betul tak?

Punca masalah?

Apakah punca masalah ini? bagi technician technician yang tak berapa kenal dengan masalah acer aspre 4736x ini, diagnosis awal yang akan dikatakan semestinya

Bukan Hard Disk atau RAM masalahnya


1) Rosak Hard Disk
2) Rosak RAM
3) Windows problem kena format balik

Realitinya?

Masalahnya bukannya berpunca dari semua benda di atas, jangan membazir nak tukar hard disk, ram atau format yang konfom dah beratus ratus mahalnya dan still tak elok, mesti hati rasa nak marah kan?

Masalahnya berpunca dari chipset di motherboard yang teroverheat, rentung, terbakar, hangus kerana sudah sekian lama kipas dan heatsink yang  tak dicuci.

Simptom awal bagi kejadian ini tidak dapat dikesan. maka berhati hatilah ya, anda perlu cuci laptop anda
setiap 6 bulan!

heatsink yang tak dicuci macam ini adalah punca segala masalah yang meneyebabkan kerugian besar


Penyelesaian masalah

Kami mempunyai kepakaran dalam membaiki laptop ini menggunakan mesin tukar chipset baru dari luar negara

Kami bukan reheat, reboil, resolder dan sewaktu dengannya, kami tukar chipset baru.

Serahkan kepada yang pakar! jangan serahkan laptop kepada mereka tidak professional, nanti lagi bazir duit nanti.

Testimoni

Tidak perlu cakap banyak lagi, di sini kami hidangkan beberapa acer aspire 4736 yang telah berjaya kami baiki, kalau nak tengok testimoni customer kami sila klik sini.












Di atas adalah antara laptop Acer Aspire 4736 family yang telah berjaya kami baiki.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Comments

Popular Posts