Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40
|
Skrin ini mengalami kerosakan iaitu muncul garis garis di bawah skrin. Jikalau terdapat garis walau dimana sekalipun pada skrin itu menandakan skrin sudah sampai waktu untuk rosak. Bergantung kepada individu untuk menukar ataupun tidak mengikut tahap kerosakan. Biasa kalau yang macam gambar di atas boleh lagi di pakai untuk 2 3 bulan sebelum banyak lagi garisan garisan yang muncul kerana garis garisan ini "berjangkit" dan boleh merebak. |
|
Gunakan skrudriver yang sesuai untuk membuka skru di bawah frame. Sebelum itu gunakan pisau jikalau boleh untuk membuka penutup skru berkenaan terlebih dahulu. Untuk membuka skru ini skil perlulah tinggi kerana agak sukar untuk membukanya. Kami yang selalu membuat kerja ini pun mengambil masa sedikit untuk membuka. |
|
Selepas frame hadapan dibuka dan frame belakang dipisahkan dengan skrin, gunakan skrudriver bermata sedikit kecil untuk membuka skru yang mengikat skrin dengan pemegang skrin. Hati hati jangan hilangkan skru tersebut kerana skru itu sangat penting. |
|
Seterusnya cabutkan wire yang menyambungkan LCD dengan inverter. Inverter adalah power yang supply backlight kepada LCD. |
|
Cabutkan pula wire connector dari motherboard ke LCD. Sekali lagi cabutkan dengan penuh berhati hati kerana ini adalah bahagian yang paling penting untuk memasang LCD. |
|
Pasang kan wire connector dari motherboar dan ke inverter untuk test LCD yang digunakan agar skrin tersebut betul betul elok sebelum dipasang. Pastikan tiada "dead piksel" atau garisan dan juga tiada warna warna yang lain dari biasa. |
|
Jika berpuas hati dengan skrin yang dipasang, pasang frame belakang dan pastikan board kamera berada di tempat yang betul supaya tida masalah semasa memasang frame hadapan. Dan last sekali pasang frame hadapan dan pasang skru. |
|
Dan inilah hasilnya. Selamat mencuba. |
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop compaq presario cq40, compaq, presario, presario cq40, cq40 screen, cq40 lcd problem, lcd, lcd problem, lcd replacement, lcd broken, lcd pecah, ganti screen lcd, ok computer solution shah alam, computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.