Notis pengagihan air berjadual

Susulan daripada keadaan bekalan air yang terputus disebabkan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat sejak 28 Januari 2014 yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah meluluskan Pelan Pengagihan Air Berjadual dilaksanakan di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Pengagihan Air Berjadual tersebut dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). TARIKH: 27 Februari 2014 (Khamis) hingga 31 Mac 2014 (Isnin).Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN.  KAWASAN TERLIBAT : Kawasan yang terlibat di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang (dibahagikan kepada 2 zon) Wilayah Hulu Langat (Zon 1)Taman Juara JayaTaman Bukit BelimbingTaman Sungai Besi 1, 2 & 3Taman Harmoni IndahTaman Puncak Utama, Seri KembanganTaman Putra BudimanTaman Balakong JayaTaman Seri TimahTaman Tanming JayaKawasan Perindustrian BalakongTaman Industri Selesa Jaya, Seri KembanganTaman Industri BalakongTaman Tanming PermaiTaman Industri LifongTaman Tanming RiaTaman Sungai Besi Indah Zon 1Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan Wilayah Hulu Langat (Zon 2)Kawasan Perindustrian Cheras JayaTaman Impian Ehsan, Seri KembanganTaman Desa Karunmas, Seri KembanganKampung Baru BalakongTaman Kasturi CherasTaman Sri Indah CherasTaman Bukit EmasTaman Cheras JayaTaman Impian IndahTaman Taming IndahTaman SejatiTaman Seri Sungai LongTaman Bukit Sungai LongRumah Kenangan CherasTaman DutamasTaman Setia Kasturi CherasAEON Cheras SelatanTaman Industri Balakong JayaTaman Setia BalakongTaman SinaranKawasan Perniagaan Desaria, Seri KembanganDataran C180 Balakong Wilayah Kuala Langat & Sepang (Zon 1)Kampung Olak LempitKampung Bukit ChanggangKampung Labohan DagangSelangor DredgingKompleks Perabut Olak LempitRTB Bukit ChanggangBandar Sri EhsanBandar MahkotaBandar Sungai EmasTaman ArkedTaman AmbarTaman Sri DagangTaman Langat MurniTaman Langat UtamaTaman MurnimasTaman Seri Telok DatokTaman Sri ChedingSekolah Tamil Sungai Sedu Wilayah Kuala Langat & Sepang (Zon 2)Kota WarisanWarisan BestariTaman Bunga RayaTaman KLIA IndahTiara HeightsTaman IxoraTaman DahliaTaman SerojaTaman Mawar (Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana Emas Villa)Taman KenangaTaman Desa VistaTaman Desa BestariSalak Permai Jadual pengagihan berdasarkan konsep pembekalan air: dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. 
Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan. Lihat jadual di sini *sumber daripada www.syabas.com.m

Popular Posts