Kesan Gunakan Laptop Lebih Dari Had Masa



Laptop sangat penting pada zaman kini namun masih ramai pengguna yang tidak tahu tentang cara penggunaan dengan betul. Menggunakan laptop lebih dari had masa boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada para pengguna. Adakah anda tahu kesan buruk gunakan laptop lebih dari had masa??

Kebanyakan pengguna sebenarnya tidak tahu tentang kesan yang akan berlaku sekiranya menggunakan laptop lebih dari had masa. Sebenarnya menggunakan laptop lebih dari had masa adalah sangat bahaya kerana laptop yang digunakan mudah rosak. Apabila menggunakan laptop lebih dari had masa kebiasaannya
para pengguna tidak akan menggunakan bateri pada laptop sebaliknya mereka lebih gemar menghubungkan laptop itu terus ke soket elektrik. Ia adalah satu tindakan yang bahaya kerana arus elektrik akan langsung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepatkan kerosakan.

Selain itu, menggunakan laptop lebih dari had masa juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada laptop. Antaranya ia boleh menyebabkan hard disk rosak kerana laptop yang digunakan tiada masa untuk rehat. Komponen di dalam laptop juga akan panas kerana terdapat banyak haba yang terkumpul dan tidak dapat keluar dengan baik. Akibat dari penggunaan laptop lebih dari had masa ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop tidak panjang.

Credit to kesan gunakan laptop lebih dari had masa

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang kerosakan laptop, komputer rosak, laptop rosak, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service

Popular Posts