APPLE : BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH MAC HANG?

Mac hang biasanya masalah yang jarang berlaku, tetapi mac juga seperti komputer yang lain, adakalanya aplikasi akan tersekat dalam bulatan atau gegelung warna warni seperti dibawah. Apabila ini terjadi kesemua aplikasi atau seluruh OS X menjadi tidak responsif.




Persoalan yang selalu pelanggan bertanya kepada kami:

"Macbook saya hang - saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang harus saya lakukan?"

"iMac saya hang apabila saya buka suatu aplikasi, dan ia melambatkan kerja saya"


ADAKAH MASALAH BERPUNCA DARIPADA SUATU APLIKAS ATAU KESELURUHAN OS?


Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menetukan samada keseluruhan OS X terejas atau satu aplikasi sahaja yang bermasalah, OS X adalah sistem operasi yang mudah, pintar dan memori yang digunakan oleh aplikasi ni diuruskan oleh sistem OS X.


Bagi sebahagian besar, jia satu aplikasi bermasalah (biasanya bila tersekat dalam gelung warna warni dan mengguna terlalu banyak memori) anda akan dapat mengetahuinya dengan mudah :
anda akan mendapat suatu amaran seperti gambar diatas  yang memberitahu anda bahawa aplikasi itu berhenti dengan tiba-tiba.


Apabila amaran speperti diatas keluar, anda mempunya dua pilihan:

  • Klik Reopen untuk memulakan aplikasi semula dan menghantar laporan kepada Apple.
  • Klik OK untuk menutup amaran tersebut.

Berhenti menghantar Crash Report kepada Apple


Kebiasaannya OS X akan menghantar crash report kepada Apple apabila berlaku aplkasi crash, Apple menggunakan data ini menguruskan pembangunan OS X dan menyediakan sistem yang lebih stabil pada masa hadapan


Sekiranya anda tidak berminat untuk menghantar data crash report kepada Apple, anda boleh mematikan fungsi laporan automatik dalam System Preferences :

  1. Buka Sysem Preference
  2. Klik Security & Privacy
  3. Klik pada kekunci disebelah kiri bawah tetingkap dan masukkan password admin
  4. Pilih Privacy > Diagnostics & Usage
  5. Membuat pilihan diagnostic  & usage data to Apple dan share crash data with app developers
  6. Klik pada kekunci sekali lagi untuk kunci Sysem Preference

Sekarang, apabila berlaku lagi masalah sebegini, anda akan mendapat butang Reopen dan Report. Klik butang Report untuk menghantar report kepada Apple; Klik butang Reopen untuk membuka semula program ini.


Apa yang anda lakukan jika aplikasi tersekat ( Hang )?


Mac OS X akan menghenti atau memulakan semula aplikasi yang tersekat (hang), ini adalah jalan yang terbaik bagi OS X untuk menangani "crash". Selalunya anda akan berhadapan dengan masalah ini apabila menu aplikasi dan ikon tidak memberi sebarang respon.


Disini ada beberapa langkah untuk anda menangani masalah ini :


  1. Buka ruangan/desktop yang baru untuk OS X. Klik pada App Window, atau desktop. Selain itu, tekan Command - Tab untuk keluar kepada aplikasi yang lain.
  2. Control - klik ikon aplikasi pada Dock.
  3. Tekan dan tahan butang Option (Quit pada menu akan bertukar kepada Force Quit).
  4. Pilih Force Quit.

Aplikasi tersebut terus akan tertutup, Selain daripada cara ini, terdapat lagi satu cara yang mana boleh digunakan apabila Dock tidak responsif, tekan Command - Option - Esc untuk membuka tetingkap Force Quit. Pilih aplikasi yang tidak berfungsi dan klik Force Quit.


Artikel ini adalah bagi mereka yang mencari tentang Apple, Mac, Macbook, iMac, OS, Apple Mac, hang, OS X, Mac hang, Macbook hang, iMac hang, apple hang, ok. ok computer, ok computer solution shah alam, ok computer solution, ok computer shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery services, delivery services

Popular Posts