Apa itu "Other" di dalam OS X Mac & bagaimana hendak membersihkannya?



Ramai pengguna Mac memeriksa About This Mac Storage untuk mendapatkan gambaran keseluruhan penggunaan ruangan storan mereka, dan ramai yang akan melihat ruang yang agak besar pada bahagian "Other" Storan.


Jika ini bunyi biasa, ia mungkin kerana iOS sering mempunyai ruang simpanan yang lain yang agak besar, tetapi itu sebahagian besarnya di mana persamaan berakir, dan dalam OS X ianya lebih mudah untuk mengesan apa itu "Other".


Ini adalah disebabkan Mac mempuyai sistem pengguna yang boleh akses fail dan sistem direktori, di mana elemen-elemen sama ada iOS sebahagian besarnya disembunyikan daripada pengguna.

Mari kita ambil sedikit masa untuk menyemak ruang stora Mac kita, dan belajar mengenai ruangan "Other" di dalam OS X. Bagaimana kita boleh menguragkan saiz ruangan "Other" ini, bila mana storan kita tidak mencukupi ruang.


Semak "Other" Storan dalam Mac OS X


Jika anda ingin melihat berapa banyak fail dan item yang diklasifikasikan oleh OS X sebagai "Other" di storan anda, anda boleh semak melalui panel tetingkap About This Mac:

  1. Klik pada ikon menu Apple dan pilih "About This Mac"
  2. Klik pada tab "Storage" untuk melihat data "Other" pada Storan Mac

Graf yang berwarna biru menunjuk storan Other di dalam versi baru OS X.


Graf yang berwarna kuning menunjukkan storan Other pada OS X yang terdahulu.

Saiz "Other" selalunya agak besar dalam OS X dan ia berbeza dengan ketara seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, ini bukanlah sesuatu yang membimbangkan, tetapi ia agak bernilai bila storan yang kita miliki itu hampir penuh.

Apakah sebenarnya storan "Other" dalam OS X

Kadang kala storan "Other" ini mengambil hampir keseluruhan kapasiti hardisk andda. Hakikatnya, apa-apa sahaja fail atau data yang OS X tidak klasifikasikan kepada jenis storan yang spesifik seperti "Apps", "Backup", "Photos", "Movies", "Audio" dikira sebagai "Other". Termasuk juga perkara-perkara seperti berikut :

  • Document dan jenis fail seperti PDF, doc, JPA dan lain-lain.
  • Archives and disk images termasuk Zip, dmg, iso, dan lan-lain.
  • Pelbagai jenis data personal dan pengguna
  • Apa-apa sahaja dalam folder sistem OS X, yang terdiri daripada fail-fail sementara, swap, voices, dan lain-lain
  • User library items seperti Application Support, iCloud files, screen savers, dan lain-lain
  • Cache Pengguna dan cache sistem, termasuk perkara-perkara seperti cache pelayar dan mesej fail media yang disimpan setempat.
  • Font, aksesori aplikasi, plugin aplikasi dan sambungan aplikasi
  • Pelbagai fail dan fail jenis tidak dikenali oleh Spotlight, contohnya virtual machine hard drive, Windows Boot Camp partitions dan lain-lain.

Seperti yang anda lihat, ini bukanlah samah atau fail yang tidak perlu, Scara asasnya, apa-apa jenis media storan yang tidak ditentukan oleh OS X adalah "Other".


Bagaimana untuk membersihkan storan "Other" ?


Secara umumnya, storan "Other" pada Mac bukanlah sesuatu yang terlalu bimbangkan, melainkan jika anda kekurangan ruangan storan hardisk. Jika anda ingin mencuba untuk membersihkan kapasiti storan "Other" di OS X, anda boleh melihat di lokasi berikut untuk data dan fail yang anda tidak perlu lagi.

  • User Library caches ~/Library/Caches/
  • User Documents folder ~/Documents/
  • User Messages app attachments and media files

Untuk jangka masa yang panjang, format dan reinstall OS X adalah jalan yang terbaik, sebelum memadam sistem OS X, pastikan anda membuat backup Mac anda, boleh dilakukan melalui Time Machine ataupun backup secara manual.

Sila ambil perhatian :

Windows atau Linux Boot camp partition juga termasuk di dalam storan "Other". 
Anda tiidak dapat mengurangkan kapasiti hardisk yang digunakan tanpa membuang partition ini.


Artikel ini adalah bagi mereka yang mencari tentang Apple, Apple Mac, OS X Mac, OS X, OS, X, Mac, Other, storan, ok, ok computer solution, ok computer solution shah alam, o computer shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery services, delivery service

Popular Posts