KOSMO! :- OK COMPUTER SOLUTION KELUAR PAPER LAGI.


Ok Computer Solution mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Akhbar Kosmo! kerana sudi menyiarkan lagi artikel mengenai kami.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok Computer Solution adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan komputer khususnya berjenama Apple, optimis untuk terus kukuh dalam segmen ini kerana permintaan terhadap perhidmatan yang ditawarkan terus meningkat.


pengsas syarikat, Muhammad Luqman Ayob berkata.meskipun trend masyarakat kini lebih teruja menggunakan tablet dan telefon mudah alih pelbagai jenama, namun, segmen komputer riba masih diminati.

Malah ia memiliki kumpulan pelanggannya yang tersendiri terutama mereka yang menggunakan produk Apple.

Menurutnya, berdasarkan prestasi yang membanggakan itu, syarikat yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu mengunjurkan perolehan jualan sebanyak 30 peratus pada tahun ini dan ia tidak gentar dengan persaingan sengit daripada syarikat utama berjenama popular.

"Tahun ini, kami akan meluaskan bidang pembaikan dan penyelenggaraan komputer daripada jenama Apple kepada jenama Toshiba dan telefon mudah alih seperti iPhone dan iPad."

"Ia bakal menjadi antara penyumbang kepada pendapatan syarikat pada masa depan." katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Muhammad Luqman menjelaskan, misi ini bakal direalisasikan melalui komitmen kakitangan dan usahawan yang dilatihnya yang memiliki kemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna.

"Daripada Pangkalan data syarikat, kami kini memiliki lebih daripada 8000 pelanggan dan testimoni positif sentiasa diterima daripada pelanggan diseluruh negara.

"Ini kerana perkhidmatan pembaikan yang ditawarkan begitu kos efektif dan memenuhi keperluan pelanggan serta menggunakan alat ganti tulen" jelasnya.

Tambah beliau, kekuatan syarikat ialah menawarkan perkhidmatan setiap hari meskipun pada cuti perayaan.

"Kami juga memberi tumpuan terhadap aspek perhidmatan selepas jualan yang mana setiap pelanggan akan menerima ucapan perghargaan melalui media sosial."

Syarikat kini memiliki 10 buah cawangan yang diuruskan usahawan muda. Antara cawangan sedia ada syarikat ialah di Johor Bahru, Bangi, Gombak, Shah Alam, Selangor, Nilai, Negeri Sembilan, Taiping, Perak dan Melaka.

Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Ok Computer Solution, boleh menghubungi di talian 03-77316761, website: www.okcomputersolution.net atau melalui e-mel : info@okcomputersolution.net



Popular Posts