APPLE : CARA CEPAT MENGHAPUSKAN DOKUMEN DI MAC TANPA MASUK KE DALAM TRASH




Kita sering menghapuskan banyak data di komputer mac, akan tetapi semua data tersebut akan terus masuk ke dalam folder Trash. Tahukah anda bagaimana untuk menghapuskan data secara total tanpa menyimpan ke dalam Trash?


Disini Kami akan kongsikan bagaimana cara menggunakan mode "Delete Immediately" yang ada di Finder untuk menghapuskan data secara total tanpa menyimpan ke dalam Trash.


A. Delete Immediately via Shortcut Keyboard





1.  Pilih dokumen yang ingin anda hapuskan samada satu atau sekaligus beberapa buah dokumen.
     Pastikan anda sudah tidak memerlukannya lagi.

2.  Tekan butang keyboard option + command + delete.

3.  Setelah itu warning window untuk menghapuskan dokumen tersebut akan terpapar. Pilih Delete          jika mahu teruskan dan Cancel untuk membatalkan proses ini. Jika anda pilih Delete, secara                automatik dokumen anda akan dihapuskan tanpa di simpan di dalam folder Trash.


B. Delete Immediately via Menu Bar Finder




1.  Pilih dokumen yang ingin anda hapuskan samada satu atau sekaligus beberapa buah dokumen.
     Pastikan anda sudah tidak memerlukannnya lagi.

2.  Akses Menu Bar Finder dan tekan butang File.

3.  Setelah itu tahan butang keyboard - Option untuk mengubah fungsi Move to Trash menjadi Delete      Immediately. Tekan butang tersebut dan berikan persetujuan untuk menghapuskan dokumen.


Artikel ini bagi mereka yang mencari tentang Apple, trash, shortcut keyboard, delete immediately, folder trash, ok, ok computer solution, ok computer solution shah alam, ok computer shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery services, delivery service

Popular Posts