ADAPTER CHARGER LENOVO G400S (USB CONNECTOR)






Jenis Laptop : Lenovo G400S

Jenis Adapter : Original Equipment Manufactured (OEM)

Saiz : USB connector


Output 

Voltage (s) :

19V

Compatible

Brand : 
For

lenovo


Output

Current :
4.7 A
Max :
65 W
Bukan refurbished, bukan 2nd hand, bukan tipu

Kami menyediakan khidmat POS Adapter Charger ke tempat anda di sekitar seluruh dunia
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
MaDonalds, Petronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, Janji anda berpuas hati !!


Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda?



Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan kepada laptop anda.


Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda

Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau saliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mepunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap komponen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.


Akibat dari salah pilih adapter

- LCD/LED screen akan mudah rosak
- Hard Disk Drive (HDD) lagging atau tersekat-sekat
- Chipset mudah rosak
- Motherboard mudah terbakar
- Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna 
- Bateri akan mudah rosak


Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connector yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kedapa laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektriknya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.



Universal adapter


Replacement adapter


Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari menunggu Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kcil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.



Popular Posts