MASALAH TRACKPAD PADA MACBOOK PENYUMBANG MASALAH NEGARA


IMG_2757


Adakah anda mempunyai masalah dengan TrackPad pada MacBook anda? Masalah ini sering saja berlaku kepada pengguna mac di seluruh dunia terutama pangguna MacBook model A1278 dan A1286. Banyak kebarangkalian punca kepada masalah tersebut. Namun sebagai pengguna MacBook anda perlu menitik beratkan penjagaan MacBook anda. antara punca kepada masalh tersebut adalah daripada masalah bateri MacBook anda kembung seperti wanita mengandung anak kembar.


IMG_2756


IMG_2758


Masalah bateri MacBook kembung ini boleh menyebabkan masalah pada TrackPad anda. Apabila bateri telah kembung impak kepada bateri itu akan menolak keatas sehingga terkena pada TrackPad. Bermula dari itu punca TrackPad anda gagal berfungsi. Bateri yang kembung itu akan menolak TrackPad dan boleh menyebabkan litar pintas pada litar elektronik TrackPad anda. Hal ini disebabkan oleh sentuhan antara komponen elektronik yang terdapat pada TrackPad. Sekiranya berlanjutan mungkin masalah ini akan merebak ke bahagian Logic Board.


Sekiranya anda menghadapi masalah ini, cara yang terbaik adalah dengan mengganti TrackPad dan  bateri yang baru. Sekiranya anda bernasib baik masalah ini hanya berpunca daripada kabel TrackPad anda sahaja. Tetapi kebanyakkan pengguna hanya sedar apabila kerosakan telah sampai ke tahap yang membimbangkan.


Langkah-langkah yang boleh diambil untuk penjagaan Trackpad anda adalah dengan melakukan servis MacBook anda secara berkala. Dengan melakukan penjagaan yang rapi mungkin masalah ini dapat dibendung. Servis MacBook juga boleh mengenalpasti masalah MacBook kembung, pihak kami ada menyediakan servis menukar bateri MacBook anda. Sebelum ianya menjadi lebih serius anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan masalah lain timbul.


Popular Posts