MEMAHAMI PENGERTIAN DAN FUNGSI HEATSINK LAPTOP

Pengertian dan fungsi heatsink laptop => Di dalam peranti komputer, heatsink merupakan alat wajib yang perlu ada. Jadi jangan hairan jika pada komputer desktop atau pun laptop, semua dipasang heatsink yang selalu melekat di atas processor.


fungsi heatsink

Alat ini sangat penting, kerana tanpanya sebuah komputer atau laptop tidak akan bertahan lama sebenarnya apakah heatsink itu dan apa fungsinya?


Pengertian dan fungsi heatsink

Jadi heatsink adalah logam yang direka khas yang diperbuat daripada tembaga atau aluminium, yang berfungsi untuk memperluaskan pemindahan haba dari sebuah processor, dan membantu proses penyejukan processor itu sendiri.


Bentuk

Setiap reka bentuk heatsink berbeza-beza. Bentuk heatsink untuk komputer riba dan komputer desktop tidaklah sama. Bahkan sesama laptop sendiri jika lain jenama dan jenis, bentuk heatsinknya juga berbeza. Begitu juga pada komputer dekstop. Malahan untuk model heatsink itu sendiri, setiap tahunnya selalu ada perubahan.


Bahan

Bahan yang paling sering digunakan untuk pembuatan heatsink ini adalah tembaga dan aluminuim. Tentu ada alasannya, sebab gabungan kedua bahan ini adalah sangat baik untuk menyerap panas dan mendinginkannya.
Bahan tembaga mempunyai konduktifitas tinggi, atau bahan yang bagus untuk menghantarkan panas. Namu, tembaga tidak boleh melepaskan panas dengan cepat jika dibandingkan dengan aluminium.
Sedangkan aluminium, bahan ini mempunyai sifat menyerap haba yang lebih rendah daipada tembaga, namun ia lebih cepat untuk melepaskan panas yang diserapnya.
Oleh kerana itu dari kekurangan dan kelebihannya masing-masing, saya melihat ada beberapa hetasink yang dibuat atas gabungan dari dua bahan tersebut. Tentunya prestasi yang dihasilkan lebih baik, kerana mengambil kelebihan tembaga yang cepat menyerap haba, dan kelebihan aluminium yang cepat menyejukkan panas.


Contohnya heatsink Laptop. Penghantar panasnya menggunakan tembaga, sedangkan yang digunakan untuk menyejukkan panasnya dai bahan aluminium. Ini contoh heatsink laptop...


gambar heatsink laptop

Setelah mengetahui pengertian, fungsi dan bahan-bahan dari heatsink, kini tiba masanya anda mengetahui cara kerjanya. Sebenarnya bagaiman cara kerja hetasink itu?


Cara kerja heatsink

Jadi begini, ketika komputer atu laptop dihidupkan, automatik processor menjadi panas. nah, di situlah peranannya hetasink, untuk menyerap panas dari processor dan menyebarkannya ke seluruh bahagian heatsink, lalu menyejukkan dan melepaskan panas tersebut dengan bantuan fan atau kipas penyejukan yang dipasang di atas hetasink.

NOTA : Jangan pernah memaksakan komputer atau laptop dihidupkan tanpa heatsink. Walaupun di dalam mainboard terdapat sistem yang boleh mematikan komputer secara automatik apabila processor mengalami panas yang melebihi standard. Jika anda berulang-ulang memaksa komputer anda hidup tanpa heatsink, itu akan sangat berbahaya bagi processor anda. Saya rasa cukup sekian tulisan saya tentang mengenal pengertian dan fungsi heatsink komputer, semoga bermanfaat. Sila ditambah jika ada kekurangan. Terima kasih .

Popular Posts