PANDUAN LANJUTKAN TEMPOH HAYAT MOTHERBOARD


Panjang-Hayat-Motherboard


Panduan Lanjutkan Tempoh Hayat Motherboard

Papam induk (motherboard) komputer dekstop yang kita gunakan ni tentunya kalau boleh kita nak gunakannya selagi hayat dikandung badan. Namun apakan daya, tiada apa yang kekal di dunia yang fana ini. Untuk itu, dalam sesuatu tempoh tentunya ia akan mengalami kerosakan jua pada akhirnya.


Oleh itu, cara terbaik bagi mencegah kerosakan serta melanjutkan tempoh hayatnya adalah kerap melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, termasuklah kerja membersihkan habuk pada perkakasan-perkakasannya.


Motherboard adalah perkakasan penting yang melengkapi keseluruhan sistem komputer anda. Melaluinya, seluruh perkakasan komputer akan dihubungkan antara satu sama lain dari pemperoses hinggalah ke hard disk.


Punca kenapa motherboard cepat rosak

Komponen-komponen yang ada pada papan induk direka bentuk dengan sangat kompleks. Akibatnya, sebarang kesilapan walaupun sangat kecil boleh menyebabkan kegagalan.


Imej diperoleh dari Dell Community

Imej diperoleh dari Dell COmmunity


Pada tahun 2013, kadar kegagalan bagi model motherboard terbaik adalah 1.43% setahun, manakala bagi model yang paling teruk pula adalah sekitar 6 hingga 7 peratus. Dijangkakan, kebanyakan perkakasan ini mampu bertahan sehingga antara 3 atau 4 tahun. Jika motherboard anda mampu bertahan lebih dari itu, anggaplah ia sebagai umur bonus.


Kapasitor-kapasitor merupakan komponen yang paling cenderung untuk rosak terlbih dahulu berbanding komponen-komponen lain. Pada kebiasaannya ia akan menggelembung atau bocor jika ia sudah mencapai tempoh had penggunaannya. Apabila anda melihat tanda-tanda aneh pada kapasitor motherboard ana, itu tandanya ia perlu digantikan.


Cara Panjangkan Tempoh Hayat

Pastikan komputer anda jauh dari sebarang perkara yang mendatangkan kemudaratan seperti keadaan yang terlampau lembap atau terlalu kering dimana boleh menghasilkan cas-cas statik.


MSI-Z97-Gaming5 Motherboard


Keadaan yang terlalu panas pula boleh mengakibatkan papan pada motherboard and membengkok dan seterusnya boleh mengakibatkan litar pintas dan kerosakan pada komponen-komponen pada litarnya.


Cara lain yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan risiko kerosakan pada papan induk anda adalah menutupnya di dalam kerangka komputer desktop anda dengan kemas. Selain itu, anda juga perlu peka pada kebersihan kerangka anda supaya ianya bebas dari sebarang habuk. Pengumpulan habuk pada bahagian-bahagian tertentu boleh mengakibatkan perkakasan komputer anda menjadi terlalu panas.


Credit : http://anakaskarpencen.com/blog/2016/06/panduan-lanjutkan-tempoh-hayat-motherboard/

Popular Posts