REPAIR SKRIN SAMSUNG N148 10.1" inci



Jenis Laptop : Samsung N148

Jenis Skrin : Original 10.1"inci LED High Definition (HD)

Jenis Kerosakan : Skrin PEcah

Punca Kerosakan : Terjatuh

Tempoh Pembaikan : 12 minit +-

Tempat : OK COMPUTER SOLUTION NILAI

Catatan :


Kami menyediakan khidmat repair skrin di tempat anda.
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
McDonalds, Petronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!!


it repair

Sila baca sebelum anda menukar skrin dengan kami


Screen merupakan perkara penting untuk sesebuah laptop. Anda setuju? Apabila menghadapi masalah LCD/LED screen anda rosak, diminta untuk anda berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED screen baru.


Bagaimana screen LCD/LED boleh rosak

Setiap screen mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED screen. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi screen baru dan original).


Bila sampai jangka hayatnya, dari situlah bermulanya screen menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan macam-macam lagi.


Pengalaman kami telah mendapat 70% customer yang screennya pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus lipat laptop kemudian screen menjadi retak.


Selain daripada itu terjatuh, kanak-kanak kecil bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila rosak, pastinya perlu ditukar.


it repair



it repair




it support


Kenapa anda perlu tukar kepada screen yang ORIGINAL.

Disini kami menegaskan pada anda, jangan sebab nak tukar screen anda tidak fikir tentang kualiti screen itu.


Sebab screen amat penting bagi sesebuah komputer atau laptop. Tiada screen tidak bermakna bagi komputer atau laptop.


Jangan mudah tertipu dengan screen yang berharga murah. Kerana anda akan tertipu dengannya. Gejala penipuan screen kini sudah berleluasa.


Ramai orang di luar sana telah tertipu. Screen yang di tukar itu bukannya screen yang baru sebaliknya, screen yang telah rosak secara halus yang tidak mudah untuk di kesan. Ianya kedengaran too good to be true. Screen tersebut seperti :-


- Screen refurbished

   Boleh juga dipanggil sebagai screen recond. Ianya ialah scren yang telah rosak, dibaiki semula dan      dijual kepada pengguna yang lain. Jangka hayat 2 hingga 3 bulan

   Screen ini sukar di kenal pasti cuma yang betul-betul pakar sahaja yang boleh mengenalinya.

   Sindiket yang terbesar dan berleluasa di Malaysia. Pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa
   tindakan. Penipuan jenis ini paling banyak berlaku kepada pengguna.

   Harga screen ini biasanya 1/2 daripada harga pasaran. Kerana kosnya sangat murah.


- Secondhand 

   Perkara ini selalu berlaku pada customer kami. Screen yang secondhand dikatakan baru.

   Ianya mungkin datangnya dari barangan curian ataupun diambil daripada laptop lama yang
   bahagian lain telah rosak.

   Jangka hayatnya mungkin tinggal lagi 1000 hingga 1500 jam.


- Kualiti yang rendah

   Screen seperti ini harganya tidak jauh beza dengan yang original. Perbezaannya di dalam
   lingkungan RM20 hingga RM30.

   Tetapi kualitinya jelas ketara kelihatan. Gambar yang dihasilkan kabur dan tidak jelas walaupun
   masih boleh dilihat.

   Amat rugilah jika anda berkira dengan harganya dengan keadaan kualitinya yang amat
   menyedihkan.

   Jangka hayatnya di dalam lingkungan 500 hingga 1000 jam.

   Banyak syarikat atau kilang yang boleh membaiki screen tetapi, screen akan mudah  untuk rosak.
   Mereka hanya mengambil kesempatan kepada pengguna.


it help


it help


it support


Apa yang anda perlu lakukan.

Bagi anda yang perlu menukar screen laptop anda, kami syorkan anda mendapatkan screen yang benar-benar baru dan bukannya second hand.


Banyak customer yang datang kepada kami mengadu kepada kami bahawa mereka baru sahaja menukar screen mereka di tempat lain. Tidak sampai sebulan screen sudah rosak.


Apabila kami periksa tentang tarikh pembuatannya ia memang terbukti bukan yang baru.


Keadaan ini amat tidak di senang oleh kami dengan gejala sebegini. Keadaan ini telah menyebabkan industri teknologi maklumat menjadi rosak kerananya.


Oleh pada itu, kami menegaskan anda untuk membeli atau menukar screen LCD/LED kepada yang pembekal yang benar-benar telah di perakui kualitinya.


Jangan mudah terpedaya dengan  harga yang telah dirundingkan. Jika ianya murah mesti ada udang di sebalik batu. Well, if you pay peanuts, you get monkeys.


Berhati-hati daripada ditipu oleh pengkhianat IT di luar sana. Anda pasti mahu menggunakan screen yang terbaik betul? Jangan bazirkan wang anda dengan menukar screen berkali-kali. Kami di OK COmputer Solution amat prihatin tentang pelanggan kami.


pc computers


lap top


lap top

Popular Posts