KENAPA HARD DRIVE C DI WINDOWS TIDAK BERMULA DENGAN HURUF A ATAU B?




Drive C pada komputer berfungsi sebagai storan untuk memasang sistem operasi Windows, manakala drive D atau E pula merupakan storan untuk simpanan data anda selain dari sistem operasi Windows. Drive F atau G pula untuk gajet USB. Pernah tak korang terfikir kenapa "hard drive" pada komputer tidak bermula dengan huruf A, kenapa huruf C?


Jawapannya adalah kerana perkembangan teknologi dalam bidang komputer dan IT. Pertama kali komputer diperkenalkan, kapasiti storan internal tidak sebesar sekarang. Pada awal dahulu, komputer menggunakan floppy disk drive atau lebih dikenali sebagai disket.




Menurut laporan scoopwhoop.com, drive atau storan pertama pada komputer dahulu dikenali sebagai Disk A. Floppy disk memiliki dua saiz ukuran iaitu 5 1/4 dan 3 1/12.


Pada akhir tahun 1980, barulah hard drive digunakan pada setiap komputer dan dilabelkan dengan huruf C untuk menyimpan fail-fail atau aplikasi sistem operasi komputer.


Seiring dengan perkembangan teknologi, disket sudah tidak digunakan lagi. 

Popular Posts