REPLACEMENT WIFI CARD MACBOOK PRO



(Wifi Card)


Baiklah, kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai salah satu #JobOfTheDay kami mengenai menukar wifi card pada Macbook Pro.


APAKAH SITUASI YANG DI ALAMI?


Sebelum ini, Enik Saufi Yusuff mengalami masalah tidak boleh melayari internet kerana Macbook Pro beliau tidak mahu connect dengan wifi yang ada. Ia menyukarkan Encik saufi untuk membuat kerja-kerja beliau yang memerlukan internet serta mencari info-info yang dikehendaki. Jadi, Encik Saufi menggunakan telefon bimbit beliau untuk melakukan segala kerja yang ada. Agak sukar bagi Encik Saufi untuk menggunakan telefon bimbit kerana faktor umur yang meningkat.


Lalu Encik Saufi beritahu kepada kawannya mengenai masalah yang dihadapi. Kawan kepada Encik Saufi mncadangkan Encik Saufi membawa Macbook Pro beliau ke kedai Ok Computer Solution (OKCS) cawangan Damansara Perdana kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal Encik Saufi.


APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN?


Dengan segera Encik Saufi bersetuju untuk ke OKCS. Sampainya Encik Saufi di OKCS, juruteknik (technician) terus periksa masalah yang dihadapi oleh Encik Saufi dan dapati bahawa Wifi Card tidak berfungsi dengan baik. Juruteknik mencadangkan supaya wifi card tersebut perlu tukar ke yang baharu. Encik Saufi bersetuju dengan cadangan jurutrknik OKCS.


LANGKAHNYA


Ikuti langkah-langkah yang dilakukan oleh juruteknik :

1) Buka cover pada bahagian belakang.

   

2) Kemudian, Buka skru-skru yang ada pada bahagian bateri dan keluarkan bateri supaya tiada 
    berlaku sebarang kerosakan atau kejadian yang tidak diingini pada bahagian motherboard.

   

3) Setelah bateri dikeluarkan, Buka skru pada bahagian yang menyambungkan skrin kerana untuk 
    mengetahui semua wifi card macbook pro terletak pada bahagian bawah skrin.

   

4) Setelah keluarkan skrin, buka bahagian bawah dengan berhati-hati dan anda akan nampak wifi 
    card di situ. Gambar di bawah merupakan gambar wifi card yang dikeluarkan.

   


   
(wifi card baru dan wifi card lama)


5) Setelah pasang wifi card yang baru, pasang semula skrin, skru-skru serta bateri yang telah dibuka 
    tadi. Pasang dengan teliti serta berhati-hati supaya tiada yang tertinggal untuk dipasang dan tiada         kerosakan yang berlaku.


Kemudian, hidupkan atau erti kata lain "turn on" macbook anda dan periksa pada bahagian wifi. Adakah nama wifi yang ingin disambungkan telah tertera? Sambungkan pada wifi yang anda inginkan.




HASIL KERJA KAMI


6) Wifi telah berjaya disambungkan dan anda boleh melayari internet seperti biasa.

   


Setelah semua proses berjaya dilakukan, pihak OKCS menelefon Encik Saufi untuk memberitahu mengenai Macbook Pro beliau tidak mempunyai sebarang masalah lagi untuk melayari internet dan meminta Encik Saufi untuk mengambil Macbook Pro beliau.


Encik Saufi telah datang ke OKCS dan pihak juruteknik telah terangkan proses serta langkah yang dilakukan kepada Encik Saufi. Encik Saufi sangat berpuas hati kerana selepas ini Encik Saufi boleh melayari internet seperti biasa dan melakukan kerja-kerja belaiu. 

Popular Posts