WEH IPHONE AKU CEPAT HABIS BATERI
Hi, hakak kembali lagi dan masih dalam topik IPHONE. Kenapa nak ngupas-ngupas pasal iPhone eh? Takda modal ek? Uish buat apa la nak borak takda modal, Ni hakak nak share supaya kita ada 'knowledge' tentang barang yang kita guna baru la tak kena tipu dengan mudahnya ha gituuuu!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Nama yang tertera tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)
Raju : Wah! Mer dah pakai iPhone la kau.
Mer : Uish mestilah. Tapi aku ada masalah sikit la dengan iPhone ni.
Raju : Kenapa Mer? What happen to you?
Mer : Jangan la poyo sangat speaking dengan aku. Ni ha cepat sangatla habis bateri.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesti pernah en cakap pasal bateri iPhone cepat habis. Tapi tahu ke sebab nya? Tak? Ni la nak share ni!
Memiliki iPhone memang menyeronokkan, tahukah anda ada sebab bateri iPhone cepat rosak. iPhone memang terkenal dengan kualiti fungsinya, ia juga sukar untuk mengalami masalah kelancaran apabila menggunakannya. Namun demikian, bateri iPhone juga senang rosak atau lebih pendek umurnya jika kita salah menggunakannya. Apakah sebab bateri iPhone cepat rosak? Mungkin dibawah adalah penyebabnya yang selalu anda lakukan pada iPhone cepat rosak?Mungkin dibawah adalah penyebabnya yang selalu anda lakukan pada iPhone anda itu.

1. Jangan Guna sehingga habis atau 0% bateri
Ada pendapat mengatakan naik untuk cas bateri bila smartphone anda betul-betul kehabisan bateri, cara ini salah sepatutnya bateri harus di cas dari lingkungan 15-30% anda tetap menggunakan sehingga mencapai 2-0% menyebabkan bateri anda perlu bekerja kuat dan memendekkan usianya.
Membiarkan iPhone menyala lama.
2. Membiarkan iPhone menyala lama
Untuk pengetahuan, lampu pada skrin dan canera menggunakan kuasa yang tinggi. Nyalaan lampu berskala besar ini meningkatkan suhu dan penggunaan kuasa bateri. Bateri akan cepat panas dan penggunaan paa suhu tinggi memendekkan usianya. Anda perlu berhati-hati terutama berkaitan setting nyalaan skrin, mungkin ada aplikasi yang ada terinstall mengganggu setting nyalaan screen anda.
3. Jangn gunakan iPhone suhu melampau
Suhu yang melampau dimaksudkan sebagai terlalu panas atau terlau sejuk. Anda perlu tahu, peranti elektronik sangat sensitif, suhu yang melamapu memberikan cabaran kepada bateri untuk berfungsi. Penggunaan ketika suhu melampau membuatkan bateri cepat mengalami masalah. Untuk mengelakkan berlaku suhu melampau, anda boleh menggunakan aplikasi yang mengesan suhu bateri dan memilih waktu yang sesuai untuk menggunakannya. Selain itu, bermain permainan game lama juga boleh meningkatkan suhu bateri.
4. Menggunakan Wi-fi dan Bluetooth kerap
Sebenarnya kedua fungsi ini juga penting, kalau boleh ada yang ingin sentiasa membuka 2 fungsi ini. Sebenarnya jika anda terlalu kerap menggunakan 2 fungsi ini juga boleh memberi tekanan kepada iPhone dan bateri anda. Hal ini kerana, 2 fungsi ini mempunyai fungsi utama lain iaitu mencari network/device berdekatannya. Walaupun anda sedang tidur ia akan sentiasa mencari di kawasan berdekatannya. Bayangkan betapa penat bateri anda melakukan kerja dan mungkin boleh memendekkan hayat bateri anda.
5. Kawal kecerahan Screen anda
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, dalam iPhone skrin adalah komponen paling banyak mempunyai sistem cahaya dan penggunaan pencahayaan lebih 50% dari badan iPhone itu sendiri. Sifat cahaya adalah mengeluarkan haba dan skrin pula dekat dengan bateti iPhone ana. Ianya hanya bersebelahan hanya dilapis oleh lapisan litar. Penggunaan pencahayaan kecerahan 100% maksimum sangat tidak sesuai, apa yang lebih baik jika anda menggunakan kurang dari 80% dan paling baik anda gunakan sekitar 50%. Jika anda ingin mudah, amda boleh set kan auto brightness supaya ia automatik cerah di kawasan luar rumah dan lebih malap di kawasan gelap.
Kredit ; ZonCyber
So, korang dah baca kan? Dah tau kan sikit pasal punca kenapa iPhone cepat habis bateri,. Cer share kat member yang selalu 'ngomel-ngomel' pasal bateri iPhone dia. Takkan nak hado knowledge sensorang ye dok ?