5 TIPS PENJAGAAN BATTERY MACBOOK | OKCS SHAH ALAM

Artikel kali ini nak share sikit Tips penjagaan battery MacBook. Sudah menjadi lumrah bagi setiap benda hardware seperti battery macbook ini pastinya ada tempoh hadnya yang perlu diganti baru. Jadi tips kali ini sekurang-kurangnya ia dapat menambahkan jangka hayat battery MacBook lebih lama. 

Mari lihat beberapa Tips Penjagaan Battery Macbook yang akan dikongsikan bersama.


1. JANGAN LETAK MACBOOK DI TEMPAT YANG PANAS

Pastinya anda tahu sebarang peranti Apple ini agak sensitif jika diletakkan di tempat suhu yang panas(contohnya di ruang belakang kereta).sekiranya selalu meletakan macbook di tempat yang panas, ia boleh merosakan kondisi bateri MacBook tersebut. Jadi cuba elakkan letak atau menyimpan MacBook ini di tempat yang bersuhu tinggi. 




2. TIDAK MEMBIARKAN MACBOOK DICAS KETIKA TIDAK DIHIDUPKAN

Kebanyakan pengguna macbook sering membiarkan macbook mereka terus dicas walaupun macbook tersebut sudah dimatikan. Untuk pengetahuan anda, pekara ini sebenarnya akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging. Ianya sama ibarat paip air yang bocor dan ada kemungkinan juga boleh meyebabkan bateri macbook itu menjadi gila/bengong kejap.




3. GUNA ADAPTER MAGSAFE ORIGINAL / OEM SAHAJA.


Disini pastinya amat2 tidak menggalakkan sesama sekali untuk anda mengunakan adapter magsafe macbook yang palsu(murah). Meskipun original/OEM ini agak mahal tetapi ianya amat berkualiti dan keselamatan anda serta macbook terjamin. Malah ini juga akan dapat menjaga bateri macbook anda dengan elok.



4. TIDAK MENGGUNAKAN MACBOOK DI ATAS PERMUKAAN FABRIK

Janganlah anda sesekali menggunakan macbook diatas permukaan fabrik (bantal,tilam,selimut dan lain2). Ini kerana sifat fabrik dapat menyerap dan mengumpul haba sehinggalah ia boleh menyebabkan kepanasan melampau.Malah dapat merosakan bateri mahupun macbook itu sendiri. Jadi ianya tidak baik untuk bateri dan macbook anda, elakan guna di atas permukanan fabrik.



5. CABUT CAS BATERI MACBOOK PADA 90% CHARGING
Untuk pengetahuan anda, setiap kali bateri dicas penuh 100% maka ia dikira 1 kitaran (cycle count). Setiap macbook mempunyai minimum range cycle count (bergantung model tersendiri). Jika ia telah melebihi cycle count, bateri perlu diganti baru sebelum berlaku kerosakan komponen lain. Jadi cara memanjangkan jangka hayat bateri, cabut cas bateri macbook pada 90% charging dan ini juga dapat mengelakan berlaku overcharging. 



Jangka hayat bateri Apple MacBook sememangnya dapat digunakan dengan lebih lama sekiranya anda menjaga MacBook anda dengan baik. Sekiranya tidak menjaganya pasti akan berlaku kerosakan lain terhadap MacBook tanpa anda sedari.Contohnya seperti ini.

Battery MacBook Air kembung akibat tidak menukar bateri baru selepas melebihi cycle count.

kesan trackpad MacBook Pro A1278 terangkat keluar disebabkan oleh bateri kembung.

Harap tips yang dikongsikan ini ia dapat bermaafaatkan untuk para pengguna MacBook semua. Jika anda masalah yang sama seperti gambar di atas ini anda boleh hubungi kami atau walk in terus ke kedai. Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di 60182131633

WHATSAPP KAMI TERUS PUN BOLEH  >>>60182131633<<<

PM KAMI DI FACEBOOK >>>OK COMPUTER SOLUTION SHAH ALAM<<<

GOOGLE MAP  >>>OKCS SHAH ALAM<<<



KEDAI KAMI BERLOKASI DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM.
Tingkat 1, V1-26-A, Jalan Plumbum V7/V,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor


Comments

Popular Posts