SOLVED: IMAC WHITE SCREEN | OKCS SHAH ALAM


Cik Intan

Assalammualaikum and hai,

Jarang sekali kami di OKCS SHAH ALAM menulis testimoni tentang pelanggan kami yang menggunakan Imac kan? Untuk artikel pada kali ini, kami akan menceritakan tentang kisah salah seorang pelanggan kami.

Cik Intan yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat yang dikenali ramai iaitu SIRIM BERHAD telah menanyakan soalan menerusi aplikasi whatsapp.

Perbualan pekerja kami dengan Cik Intan menerusi aplikasi Whatsapp

Kalau anda pembaca setia blog kami, sebelum ini kami banyak menulis testimoni pelanggan kami yang merupakan pengguna macbook mahupun laptop yang bertukar kepada SSD. Jarang sekali pelanggan Imac kami yang bertukar daripada hard disk ke SSD. Bukan apa, untuk memastikan performance Imac laju dan lebih tahan lama malah memberi keselesaan juga kepada pekerja yang menggunakannya. 

Cik Intan datang ke OKSC SHAH ALAM mengadu kepada kami beliau menghadapai masalah Imac white screen dan garisan jalur-jalur. Kerisauan melanda beliau kerana data syarikat begitu banyak dalam Imac tersebut dan kerja akan tertangguh sekiranya masalah Imac white screen ini mengalami kerosakan yang begitu mengambil banyak masa untuk dibaik pulih.


Mendengar keluhan Cik Intan, kami memberi cadangan kepada beliau untuk datang ke kedai kami di OKCS SHAH ALAM dan melakukan "diagnose" oleh technician kami. Setelah diperiksa dengan teliti, Imac white screen tersebut menghadapi kerosakan pada bahagian "motherboard" dan juga hard disk. Cik Intan bersetuju untuk membaiki masalah Imac white screen tersebut di kedai kami. Namun, apa yang sering dibimbangi oleh para pelanggan ialah data yang ada di dalam Imac / laptop / macbook / dekstop mereka hilang. Sebelum kami mengeluarkan hard disk daripada Imac yang mempunyai masalah white screen ini, terlebih dahulu kami back up data yang ada dalam hard disk lama beliau.  Tetapi, ianya juga bergantung kepada kondisi hard disk itu sendiri. Soalan lazim yang kami terima ialah berapa lama tempoh untuk melakukan back up data. Ianya bergantung kepada jumlah data yang akan di back up. Jika banyak, maka ada yang makan berhari juga. 



Penyelesaian untuk masalah Imac white screen yang dihadapi oleh Cik Intan ini ialah kami di OKSC SHAH ALAM membaik pulih motherboard dan beliau membuat pilihan yang bijak untuk menggantikan hard disk kepada SSD 250GB untuk memudahkan kerja para pekerja. Ianya bukan sehaja memudahkan kerja tetapi juga dapat menjimatkan masa para pekerja kerana penggunaan SSD yang lebih laju dan smooth.


SSD 250GB

Jika anda mempunyai masalah Imac white screen yang sama seperti Cik Intan, terus hubungi kami di <<<0182131633>>>.

WHATSAPP KAMI TERUS PUN BOLEH >>>60182131633<<<

PM KAMI DI FACEBOOK >>>OK COMPUTER SOLUTION SHAH ALAM<<<

GOOGLE MAP >>>OKCS SHAHALAM<<<



KEDAI KAMI BERLOKASI DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM.
Tingkat 1, V1-26-A, Jalan Plumbum V7/V,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor


Comments

Popular Posts