Tukar Bateri MacBook | Repair Apple Klang

Masalah power bateri cepat habis selalu dialami oleh pengguna MacBook. Hari ini ada seorang pelanggan minta kami tukar bateri MacBook Pro A1278 miliknya. Katanya, selepas MacBook dicas penuh, tak sampai setengah jam MacBook akan shutdown sebab power bateri dah pun habis. Hal ini seringkali berlaku dan turut menjejaskan aktiviti seharian para pengguna. 



Kami minta beliau datang kekedai untuk technician diagnose terlebih dahulu sebelum tukar bateri MacBook Pro A1278 beliau. Seperti biasa, technician buka dan keluarkan bateri asalnya. Memang sah, bateri asal MacBook ini telah kembung. Nasib baik beliau bertindak cepat. Jika lambat bertindak, bateri tersebut akan mengembung dengan sangat besar sehingga melebihi 3 kali ganda saiz asal bateri. Ini dah sering berlaku gara-gara pengguna tidak dapat mengesan tanda-tanda awal bateri mengalami kerosakan.



Antara tanda-tanda awal bateri MacBook mengalami kerosakan yang anda perlu tahu.

1. Power cepat habis.
2. Status bateri pada ikon tidak akan cecah 100% walaupun MacBook dicas dalam tempoh masa yang lama.
3. Anak panah cursor bergerak secara menggila dan mabuk. Tak sentuh trackpad pun dia dah bergerak kesana kemari.
4. Status bateri. Ada empat status bateri yang perlu anda tahu. 

- Normal: Bateri MacBook berada dalam keadaan normal.

- Replace Soon: Bateri MacBook berfungsi seakan normal cuma hayatnya semakin pendek.
- Replace Now: Bateri MacBook perlu ditukar segera.
- Service Battery: Bateri MacBook tidak berfungsi secara normal.


Nasihat kami, jika anda ada masalah yang sama, boleh terus datang kekedai untuk membuat pemeriksaan percuma yang kami sediakan sebelum tukar bateri MacBook A1278 anda. Tindakan segera anda dapat menyelamatkan komponen-komponen hardware MacBook lain dari rosak. Antara hardware MacBook yang paling famous rosak bila battery kembung ialah trackpad. Trackpad MacBook akan terangkat keatas dan kemungkinan untuk ianya boleh digunakan kembali sangat rendah.



Owner minta kami tukar bateri MacBook A1278 beliau kepada yang baru. Kebetulan ada stok, technician terus cabut bateri yang lama dan pasang bateri MacBook yang baru. Sebaik siap pasang, technician buat test run untuk memastikan MacBook ini stable. 



Owner syukur sangat sebab proses tukar bateri MacBook A1278 beliau berjalan lancar. Banyak kerja tergendala katanya. Nasib baik tiada hardware lain yang rosak. Kami advice beliau agar selepas ini sentiasa membuat checking sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.



Cara check sendiri status bateri MacBook anda dirumah.

Anda boleh berbuat demikian dengan mengenalpasti berapa cycle count MacBook anda yang terkini.

Cara check cycle count MacBook anda.

1. Klik pada logo Apple kemudian pilih About this Mac.

2. Klik system report.


3. Klik pada Power dibawah sidebar "Hardware"

4. Lihat pada Health Information, dan baca Cycle Count.




5. Rujuk jadual dibawah untuk mengetahui tahap maksimum cycle count bagi MacBook anda.
Jenis MacBookTahap Maksmimum
Cycle Count
MacBook
MacBook (Retina, 12-inch, 2017)
MacBook (Retina, 12-inch, Early 2016)
MacBook (Retina, 12-inch, Early 2015)
MacBook (13-inch, Mid 2010)
MacBook (13-inch, Late 2009)
1000
MacBook (13-inch Aluminum, Late 2008)500
MacBook (Mid 2009)
MacBook (Early 2009)
MacBook (Late 2008)
MacBook (Early 2008)
MacBook (Late 2007)
MacBook (Mid 2007)
MacBook (Late 2006)
MacBook (13-inch)
300
MacBook Pro
MacBook Pro (15-inch, 2017)
MacBook Pro (13-inch, 2017, Four Thunderbolt 3 Ports)
MacBook Pro (13-inch, 2017, Two Thunderbolt 3 Ports)
MacBook Pro (15-inch, 2016)
MacBook Pro (13-inch, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
MacBook Pro (13-inch, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2015)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (13-inch, Late 2011)
MacBook Pro (13-inch, Early 2011)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2009)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2015)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, Mid 2012)
MacBook Pro (15-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (15-inch, Late 2011)
MacBook Pro (15-inch, Early 2011)
MacBook Pro (15-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (15-inch, 2.53 GHz, Mid 2009)
MacBook Pro (15-inch Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Late 2011)
MacBook Pro (17-inch, Early 2011)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Early 2009)
1000
MacBook Pro (15-inch Late 2008)500
MacBook Pro (15-inch, Early 2008)
MacBook Pro (15-inch, 2.4/2.2GHz)
MacBook Pro (15-inch, Core 2 Duo)
MacBook Pro (15-inch Glossy)
MacBook Pro (15-inch)
MacBook Pro (17-inch, Late 2008)
MacBook Pro (17-inch, Early 2008)
MacBook Pro (17-inch, 2.4GHz)
MacBook Pro (17-inch Core 2 Duo)
MacBook Pro (17-inch)
300
MacBook Air
MacBook Air (13-inch, 2017)
MacBook Air (11-inch, Early 2015)
MacBook Air (11-inch, Early 2014)
MacBook Air (11-inch, Mid 2013)
MacBook Air (11-inch, Mid 2012)
MacBook Air (11-inch, Mid 2011)
MacBook Air (11-inch, Late 2010)
MacBook Air (13-inch, Early 2015)
MacBook Air (13-inch, Early 2014)
MacBook Air (13-inch, Mid 2013)
MacBook Air (13-inch, Mid 2012)
MacBook Air (13-inch, Mid 2011)
MacBook Air (13-inch, Late 2010)
1000
MacBook Air (Mid 2009)500
MacBook Air (Late 2008)
MacBook Air
300
Cycle count anda melebihi tahap maksimum? Atau anda risaukan condition terkini MacBook anda?
Klik button chat di hujung kiri skrin anda untuk dapatkan bantuan dari technician kami.

Comments

Popular Posts