Solved: Mac Mini Slow Sangat | Repair Apple Klang

Mac Mini Slow Sangat
Aduan dari Owner Yang Ada Masalah Mac Mini Slow Sangat
Kami baru sahaja menerima 2 buah Apple Mac Mini 2014 yang dikatakan cepat panas dan sangat-sangat slow. Sebelum owner hantar Mac Mini nya kekedai kami, sempat juga beliau bertanya di aplikasi Whatsapp mengenai apa punca Mac Mini nya jadi begitu. Ini persoalan yang kami akan kupas satu persatu didalam artikel kali ini.

Mac Mini Teardown
Cover Mac Mini Ditanggalkan
Cover Besi dan Juga Antenna Dikeluarkan
Motherboard Mac Mini Juga Dikeluarkan
Mac Mini Yang Telah Dikeluarkan Motherboard
Kesemua Hardware Di Dalam Mac Mini Dikosongkan Untuk Keluarkan Hard Disk
Storage Asal Mac Mini iaitu Hard Disk Drive
Sebaik sahaja beliau hantar Mac Mini 2014 nya ke kedai kami di Seksyen 7 Shah Alam, terus technician buat full checking untuk kenalpasti apa punca sebenar masalah Mac Mini ini sangat slow dan cepat sangat panas. Komponen-komponen didalam Mac Mini ini dikeluarkan dan diperiksa satu persatu dengan teliti oleh technician kami. Banyak faktor yang dapat dikaitkan dengan masalah ini.

Faktor yang menyebabkan Mac Mini Slow Sangat & Cepat Panas:
1. Storage.

Hard Disk Drive (HDD) yang digunapakai pada Mac Mini ini telah menunjukkan tanda-tanda ianya hampir rosak/sudah rosak. Walaupun masih boleh digunakan, ianya hanya membuang masa sahaja. Bayangkan, untuk boot sahaja mengambil masa berminit.

Hard Disk Drive Mac Mini
Apa tanda-tanda HDD Mac Mini sudah rosak?
- Terdapat bunyi pelik terhasil dari HDD
- Pemindahan data yang dibuat sangat slow untuk siap
- Boot up mengambil masa yang lama
- Keluar paparan Question Mark / Tanda Soal

2. Thermal paste.

Mac Mini ini menggunakan thermal bagi membebaskan haba panas dari processor ke heatsink. Apabila thermal paste sudah keras dan kering, ianya seakan tiada fungsi lagi. Haba panas yang terhasil dari processor tidak dapat dipindah ke heatsink dengan efisien sehingga boleh menjejaskan performance Mac Mini tersebut (slow).

Thermal Paste Mac Mini Yang Telah Kering
3. Habuk.

Kipas dan juga ruang pengudaraan Mac Mini berfungsi untuk membebaskan haba panas keluar dari Mac Mini. Namun, kedua-dua komponen ini tidak boleh berfungsi dengan baik sekiranya dipenuhi habuk.

Kipas Mac Mini
Akibat habuk pada komponen tersebut, haba panas di dalam Mac Mini tidak dapat dikeluarkan dengan lancar sehingga berlakunya masalah slow dan juga cepat panas.

Technician mencadangkan beberapa penyelesaian supaya masalah Mac Mini slow sangat ini dapat diselesaikan serta merta. Penyelesaian pertama adalah servis. Servis melibatkan pembuangan segala habuk dan jugak penukaran thermal paste.
Solid State Drive SSD
SSD dimasukkan kedalam tapak storage Mac Mini
Proses Servis Hampir Selesai
Pemasangan Hampir Siap Dan Akan Diuji Bagi Memastikan Masalah Mac Mini Slow Sangat Selesai
Kedua, naiktaraf storage dari Hard Disk Drive ke Solid State Drive bagi memastikan performance Mac Mini lebih laju dari performance asalnya. Kedua-dua penyelesaian ini sangatlah efektif dan berkesan.


Comments

Popular Posts