TIPS ELAK LENGUH BADAN DI HADAPAN LAPTOP | OKCS SHAH ALAM



Sumber: Google

Artikel pada kali ini agak berlainan sedikit kerana kami akan kongsikan tips kesihatan pula untuk anda. Wow, tak pernah kan sebelum ini kami kongsikan tentang tips kesihatan kepada anda? Hah artikel kali ini agak berbeza, tetapi ianya masih lagi berkaitan dengan penggunaan laptop. Memandangkan kami ada sedikit ilmu untuk dikongsikan, jadi kami kongsikan kepada anda.  Selain kami mengambil berat tentang laptop anda, kami juga mengambil peduli tentang kesihatan anda kerana anda merupakan pelanggan kami 😉.  Sebelum itu, takkan nak baca sorang kan? Ajak semua kawan, sedara-mara untuk baca artikel pada kali ini untuk kebaikan kita  bersama. 


Perasan ataupun tidak, ketika anda menaip terlalu lama ketika bekerja, pergelangan tangan dan jari akan terasa sakit dan lenguh. Ada kalanya juga tulang belakang anda akan terasa sakit. Pernahkan?  Semua perkara ini terjadi kerana postur badan ketika anda berada di hadapan laptop dengan cara yang salah.

“ Adakah ia memberi kesan?”

Jawapannya ia. Ia memberi kesan kepada kesihatan anda. Nanti belum sempat umur masuk 40, sudah ada masalah sakit tulang belakang lah, sakit sendi dan sebagainya. Kami yakin, ada segelintir anda di luar sana kalau tengah bekerja di pejabat, duduk sangat rapat dengan screen sampai jadi kepala kura-kura.  Ada yang kerusi begitu rapat dengan meja. Kami faham anda selesa dengan cara yang begitu. Namun, sekiranya habit ini diteruskan, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan anda. Bukan sahaja kepada kesihatan anda, tetapi ianya juga boleh menjadi punca anda cepat mengantuk ketika berada di tempat kerja.  Hari ini, OKCS SHAH ALAM kongsikan tips elak lenguh badan di hadapan laptop

1. Pemilihan kerusi yang betul

Sumber: Google

Tips elak lenguh badan di hadapan laptop yang pertama ialah pemilihan kerusi.  Sekiranya anda bekerja sebagai seorang kerani dan yang perlu bekerja menggunakan laptop sahaja, pemilihan kerusi adalah amat penting sekali. Sepeti rajah yang ada di bawah ini, kerusi anda seharusnya mempunyai tempat letak tangan supaya ketika sedang menaip tangan anda tidak terasa lenguh.

Sekiranya kerusi di pejabat anda tidak mempunyai kusyen untuk anda sandar, bawa bantal kecik yang muat dengan saiz kerusi untuk memberi  keselesaan kepada anda untuk anda sandar. 

2. Kasut yang bersesuaian

Sumber: Google

Tips elak lenguh badan di hadapan laptop yang kedua ialah kasut yang bersesuaian. Pastikan sewaktu anda bekerja menggunakan kasut yang bersesuaian dan sekiranya anda bekerja sepanjang hari di pejabat, pastikan sewaktu anda duduk di meja laptop, kaki anda semua terletak di atas lantai

3. Kedudukan keyboard

Tips elak lenguh badan di hadapan laptop yang seterusnya ialah kedudukan keyboard. Ada yang mengganp kedudukan keyboard ketika anda sedang menaip di laptop merupakan perkara yang remeh. Kami yakin, ada di antara anda di luar sana yang letak keyboard berhadapan dengan skrin computer. Sebaik-baiknya, letakkn keyboard computer anda berdekatan dengan anda. Ianya untuk mengelakkan rasa sakit dan lenguh pada sendi. 

4. Kedudukan jari 

Sumber: Google

Tips elak lenguh badan di hadapan laptop yang keempat ialah kedudukan jari. Cara kita meletakkan tangan semasa menaip pada keyboard juga memainkan peranan yang penting. Jika anda merupakan pekerja pejabat, anda pasti di ajar cara untuk menaip dengan munggunakan jari yang betul. Hah, sekiranya anda mempunyai ilmu tersebut, gunakan. Mengapa? Kerana  ianya akan memudahkan anda untuk menaip dengan lebih laju dan mengurangkan lenguh pada jari sekiranya menaip dalam masa yang lama. 

5. Posisi tangan
Posisi tangan anda ketika menaip juga penting dalam tips elak lenguh badan di hadapan laptop ini. Ketika menaip, ada di antara anda yang suka letak pergelangan tangan di atas meja kan? Kerana bagi anda ianya memberi keselesaan kepada anda. Namun disebaliknya, ianya memberi kesan kepada pergelangan anda. Ketika sedang menaip, pastikan pergelangan tangan anda terangat sedikit semasa menaip. Malah perkara yang paling penting ialah pastikan lengan anda di kedudukan 90 darjah. 

6. Laptop stand 
Sumber: Google

Tips elak lenguh badan di hadapan laptop yang seterusnya ialah penggunaan laptop stand. Ini bagi mereka yang menggunakan laptop. Kami yakin, anda sering berada  dalam keadaan menyarap ketika menggunakan laptop lebih-lebih lagi sewaktu menonton drama korea kan? Alah, tengah buat assignment pon sama. Ada masanya buat assignment sambil menyarap. Ianya akan memberi kesan kepada tulang belakang dan kesakitan pada bahagian tengkuk anda. 

Bukan itu sahaja, ianya akan memberi kesan terhadap mata anda juga.  Kerana setiap kali anda berada di posisi menyarap, anda akan membelakangkan cahaya. Oleh itu, mata anda akan lebih bekerja keras untuk focus akibat daripada kekurangan cahaya. 

7. Melakukan renggangan jika rasa lenguh pada badan

Sumber: Google

Jika anda terasa lenguh-lenguh pada badan anda, pasti akan rasa mengantuk kan? Mulalah badan akan rasa lemah dan lesu. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Lakukan sedikit renggangan badan. Atau setiap setengah jam bangun dari tempat duduk anda dan lakukan sedikit renggangan untuk 40 ke 50 saat supaya tidak terasa lesu pada badan.  

Itu sahaja untuk artikel pada kali ini. Kami di OKCS SHAH ALAM berharap artikel Tips elak lenguh badan di hadapan laptop kali ini serba sedikit dapat memberi pengetahuan yang baru kepada anda. Malah sekiranya ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda, kami teramat bersyukur. Pelbagai artikel lagi yang berkaitan dengan tips dan perkongsian kisah pelanggan kami kepada anda pembaca setia blog kami. Semoga semua hasil penulisan kami yang telah anda baca memberi sedikit info baru yag bermanfaat kepada anda. 

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan persoalan mengenai laptop anda, terus hubungi kami di talian >>>0182136133<<<.


WHATSAPP KAMI TERUS PUN BOLEH  >>>60182131633<<<

PM KAMI DI FACEBOOK >>>OK COMPUTER SOLUTION SHAH ALAM<<<

GOOGLE MAP  >>>OKCS SHAH ALAM<<<

WAZE >>>OK COMPUTERSOLUTION SHAH ALAM<<<

Atau datang terus ke kedai kami beralamat di:

KEDAI KAMI BERLOKASI DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM.
Tingkat 1, V1-26-A, Jalan Plumbum V7/V,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor


Comments

Popular Posts